KPDNHEP Sabah siasat, dakwa 49 kes serahan bernilai RM3.395 juta tahun lalu

Georgie Abas (Gambar fail)

TAWAU (Bernama): Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah telah mengendalikan siasatan dan pendakwaan terhadap 49 kes serahan daripada pelbagai agensi penguatkuasaan membabitkan rampasan bernilai RM3,395,786.80, tahun lepas.

Pengarahnya Georgie Abas berkata kes serahan itu antara lain diterima daripada Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.

Beliau berkata kerjasama pasukan keselamatan dan agensi penguatkuasaan lain banyak membantu KPDNHEP dalam membanteras cubaan penyeludupan barang-barnag kawalan seperti gas petroleum cecair, minyak masak bersubsidi, tepung gandum, gula, petrol RON95 dan diesel ke negara jiran.

“KPDNHEP Sabah akan terus mengadakan sesi libat urus bersama agensi penguatkuasaan lain bagi membanteras kegiatan
penyeludupan secara lebih efektif,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sabahnewstoday

Leave a Reply