KPDN Labuan perluaskan jualan rahmah bergerak bermula Sabtu ini

LABUAN: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan akan memperluaskan Jualan Rahmah ke peringkat kampung bermula pada esok (Sabtu).

Pengarahnya Junaidah Arbain berkata ia juga selaras dengan  matlamat kerajaan dalam mengutamakan kelansungan hidup rakyat khususnya di pulau ini.

“Kita akan memperluaskan kaedah jualah rahmah  dengan mengadakan Jualan Rahmah Bergerak ke kampung kampung bermula esok di Balai Raya Kampung Bukit Kuda,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Apresiasi Media bersama KPDN Labuan di sini, semalam.

Menyentuh mengenai kos sara hidup yang tinggi di pulau ini, Junaidah menjelaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telahpun mengarahkan KPDN Labuan untuk menubuhkan Jawatakuasa Khas Harga Barangan yang akan di Pengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof.

“Jawatankuasa ini dijangka akan bermesyuarat  tidak lama lagi khusus untuk membincang isu harga barangan yang tinggi khususnya di Labuan termasuk Sabah dan juga Sarawak,” katanya.

Selain itu, katanya, faktor rangkaian penghantaran bekalan juga antara perkara yang akan dibincang dalam mesyuarat itu nanti.