Kimanis Power Sdn Bhd bayar dividen RM16 juta

KOTA KINABALU: Kimanis Power Sdn Bhd membayar dividen RM16 juta kepada pemegang sahamnya, NRG Consortium (Sabah) Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah bagi tahun kewangan berakhir 2023.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menyaksikan penyampaian replika cek daripada Pengerusi Kimanis Power Abdul Aziz Othman kepada Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB) Datuk Jasnih Daya di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Kimanis Power Sdn Bhd bayar dividen RM16 juta.

Konsortium NRG mempunyai 40 peratus kepentingan dalam Kimanis Power Sdn Bhd yang mengendalikan Loji Kuasa Kimanis sejak 2014.

Petronas Gas Berhad (PGB) memiliki 60 peratus saham yang lain.

Hajiji bersama Norazman dalam kunjungan hormat hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, Ketua Pegawai Eksekutif Kimanis Power Sdn Bhd Rozali Khamis, Pengurus Besar (Kewangan dan Risiko) PGB Shahrul Azham Sukaiman, Pengurus Besar (BD&C) PGB Hisham Maaulot dan Ketua Pejabat Wilayah Petronas Sabah dan Labuan Siti Ayu Haniza A Wahab.