LABUAN: Kilang kayu yang dimiliki oleh sebuah syarikat yang terletak di kampung Durian Tunjung di sini musnah dalam satu kebakaran pagi tadi.
Menurut laporan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan Labuan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awal kira kira jam 11.06 pagi.

Berikutan laporan itu, sebuah jentera bersama anggota penyelamat daripada Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sentral bergegas ke tempat kejadian dan memulakan operasi pemadaman api kira-kira jam 11. 13 pagi.
Turut terbakar dalam kejadin itu sebuah kereta.
