KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di kediaman rasmi Ketua Menteri Sri Gaya di sini hari ini.
Amirudin merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berada di Sabah kerana menghadiri Majlis Himpunan Perdana Rakyat yang dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim di Sabah International Convention Centre (SICC).
Turut hadir Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah, Datuk Christina Liew, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Datuk Mustapha Sakmud dan Timbalannya, Peto Galim, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi, Setiausaha AMK Selangor, Muhammad Afif Abdullah, Timbalan Pengarah Komunikasi AMK Selangor, Muhammad Daniel Iskandar Mohammad Danial Irfan dan exco-exco AMK Selangor.
