Kesihatan Bung Moktar Tidak Ganggu Kempen BN, Gelombang Biru Semakin Kuat

LIBARAN: Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan keadaan kesihatan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang hanya mengalami selesema, tidak menjejaskan kempen calon-calon parti menjelang PRN 29 November ini.

Suhaimi, yang juga calon BN bagi DUN Sungai Sibuga, berkata gelombang sokongan BN semakin dominan di media sosial, cetak dan elektronik, berbeza dengan parti lain yang masih menghadapi isu dalaman.

Beliau menyeru semua jentera parti terus meningkatkan usaha kempen pada minggu terakhir ini bagi memastikan kemenangan dan pembentukan kerajaan BN selepas 29 November.

Tambah Suhaimi, penyertaan legenda rock tanah air, Datuk Amy Search, dalam siri jelajah kempen BN menarik perhatian pengundi muda, menunjukkan sambutan hangat terhadap calon-calon parti.