KOTA KINABALU: Sabah komited memperkukuh agenda Sabah First melalui kerjasama lebih erat antara kerajaan dan pemain industri, kata Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, kata Datuk Ewon Benedick.
Beliau berkata Sabah First memberi fokus kepada tiga ekosistem utama — pelaburan, perniagaan dan keusahawanan— bagi memperkasa PMKS dan meningkatkan daya saing produk tempatan.
Dalam ucapannya pada ulang tahun ke-42 Federation of Sabah Industries (FSI), Ewon menyanjung lebih 200 syarikat di bawah FSI yang menjadi tonggak industri negeri selama lebih 40 tahun.
Mulai Januari 2026, kementerian akan memulakan siri libat urus bersama FSI dan pertubuhan industri lain untuk merangka sokongan dasar yang lebih mampan dan responsif terhadap keperluan industri.
Beliau turut menegaskan bahawa penyatuan portfolio pengangkutan dalam kementeriannya adalah strategi penting untuk memperkukuh rangkaian jalan raya, pelabuhan, lapangan terbang dan logistik negeri.
Ewon mengajak semua pemain industri untuk terus bersama menjayakan Sabah First dan membangunkan masa depan ekonomi Sabah yang lebih berdaya saing.
