KOTA KINABALU: Kerajaan berusaha menambah baik serta meningkatkan keberkesanan strategi dalam inisiatif yang memfokuskan pembangunan modal insan di kalangan di negeri ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan sentiasa terbuka untuk mendengar aspirasi anak-anak muda dengan perkenalkan beberapa inisiatif dirangka dengan berpandukan syor.
Katanya, ini termasuk pandangan kelompok sasar melalui pelbagai platform libat urus yang telah dilaksanakan.
“Ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan dalam membangunkan belia sebagai aset perlu diberi peluang dalam pembangunan ekonomi negeri.
“Sejumlah RM97.5 juta bagi pembangunan belia dan sukan untuk pemimpin berkualiti tinggi, manakala sebanyak RM16.42 jut bagi kesukarelawanan dan perpaduan sosial”, katanya di sini hari ini.
Teksnya disampaikan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.
Hajiji berkata, himpunan Hari Moto Sabah merupakan program permotoran yang terbesar dan sering dinantikan belia di Sabah.
“Adalah sesuatu yang baik perhimpunan ini turut memberi input berfaedah kepada semua peserta.
“Program ini juga menggabungkan program anti-dadah oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) iaitu taklimat “Ambil Dadah Tidak Cool” dan Ikrar Mat Moto Benci Dadah,” katanya.