Kerajaan negeri salur pelbagai bantuan kepada rakyat memerlukan – Masiung

SANDAKAN : Semua pemimpin digesa supaya menyebarluaskan pelbagai usaha kerajaan menyalurkan bantuan kepada rakyat di negeri ini.

Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah berkata, pertama kali dalam sejarah Belanjawan Kerajaan Negeri 2025, memperkenalkan pelbagai insentif baharu kepada golongan rakyat bagi mengimbangi kos sarah hidup semakin meningkat.

Masiung bersama George Hiew dalam program sempena Tahun Baharu Cina di sini semalam.

Katanya, antara dana diperkenalkan termasuklah bantuan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), penjaja kecil serta bantuan sokongan pendidikan bermula sekolah rendah hingga peringkat universiti.

“Pertama kali dalam sejarah kerajaan negeri Sabah menawarkan bantuan percuma rumah SMJ kepada golongan B40 dan dana RM5,000 kepada penjaja kecil.

“Setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberi kouta 40 rumah SMJ untuk rakyat yang berkelayakan, sementara pelajar sekolah rendah hingga peringkat universiti akan mendapat antara RM300 hingga RM2,500 seorang, “katanya di sini semalam.

Masiung merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut berkata, kerajaan negeri menyalurkan bantuan penerbangan kepada pelajar di Semenanjung Malaysia dan Sarawak sebanyak RM600secara one off.

“Penuntut belajar di luar daerah di Sabah juga diberikan bantuan tambang RM300.

George Hiew bersalaman bersama Masiung Banah dalam program sempena Tahun Baharu Cina di sini semalam.

“Kita mahu pemimpin daerah khususnya Pemuda, Wanita dan Beliawanis hendaklah menyebarluaskan maklumat ini kepada rakyat supaya mereka mendapat manfaat daripasa kerajaan Sabah,” jelas Masiung.

Menurutnya, Ahli Jawatankuasa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) disetiap DUN perlu meneliti pelbagai bantuan disalurkan kerajaan untuk dihebahkan kepada rakyat di negeri ini.