Kerajaan mengutamakan keperluan, kebajikan nelayan dalam Bajet 2025 – Shahelmey

PUTATAN : Kerajaan perihatin terhadap kebajikan kepada komuniti nelayan setempat dalam usaha merancakkan lagi ekonomi  berasaskan produk makanan laut di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Shahelmey Yahya berkata, pelbagai inisiatif disalurkan kerajaan khususnya dalam industri perikanan tmendapat perhatian dalam Bajet Sabah 2025.

Katanya, selain menerima sara hidup RM300 sebulan, mekanisme lain termasuk subsidi minyak (mengikut saiz enjin bot), bantuan peralatan serta kemudahan infrastruktur turut diagihkan.

Shahelmey meluahkan bersama komuniti nelayan di sini hari ini.

“Golongan nelayan merupakan komuniti memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat kita, bagi pihak kerajaan negeri, kebajikan serta hal-hal diperlukan golongan ini akan diberikan perhatian.

“Pada pembentangan bajet Sabah 18 November lalu, perikanan merupakan antara fokus keterjaminan makanan yang mana agihan bantuan dan dana akan dipertingkatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Santai Komuniti Tanjung Keramat di Dewan Muhibbah, Kampung Muhibbah, Putatan, di sini hari ini.

Shahelmey menyampaikan sumbangan pada majlis tersebut.

Shahelmey merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat berkesempatan beramah mesra bersama kira-kira 100 komuniti nelayan tempatan hadir dalam majlis tersebut.

Beliau melawat jeti nelayan di Kampung Muhibbah serta mengenalpasti keperluan nelayan termasuk keperluan pembaikan jeti serta rak perabot bagi kemudahan memunggah hasil tangkapan ikan.

“Kita berharap kepada nelayan masih turun ke laut untuk mencari rezeki supaya meningkatkan tahap keselamatan masing-masing berikutan sekarang merupakan musim cuaca hujan dan ribut.

“Sentiasa peka dengan maklumat terkini dan elakkan perkara-perkara yang mengundang risiko,” jelas Shahelmey.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Persatuan Nelayan kawasan Kota Kinabalu Saleh Jamsoon, Pengerusi Penganjur, Mohd Faquzree Salim serta Pengerusi Kumpulan Nelayan Kg Muhhibah Azlan Tawap.