KOTA KINABALU: Pengarah Pilihan Raya UMNO Sabah Jeffery Nor Mohamed menzahirkan rasa sedih dengan kenyatan Menteri Kewangan Sabah Datuk Masidi Manjun menggunakan perkataan ‘long-awaited’ untuk pinjamam mudah (soft loan) berjumlah RM320 juta bagi menangani masalah air di Sabah.
Beliau berkata ia menggambarkan seolah-olah Sabah tidak berupaya untuk menyelesaikan masalah itu secara berperingkat tanpa menunggu ‘soft loan’ dengan menggunakan hasil pendapatan negeri.
“Dimaklumkan pendapatan negeri Sabah (Sabah state revenue) mencecah angka RM 6.7 bilion tahun 2024 yang dinyatakan ada ‘projection’ hasil negeri… kenapa tidak jika air merupakan keutamaan kita untuk diselesaikan di negeri Sabah, kenapa tidak digunakan hasil pendapatan sedikit untuk menyelesaikan beberapa isu masalah air dengan lebih awal?,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Jeffery, “mind set kita masih jauh dari Sarawak yang mana Sarawak boleh berfikir di luar kotak tanpa statik dgn cara lama kita iaitu cara meminjam atau menunggu peruntukan daripada mana-mana pihak untuk menyelesaikan isu utama rakyat Sabah sekarang”.
Katanya negeri Sabah merupakan negeri yang mempunyai punya segala-galanya untuk mendatangkan hasil yang lebih baik.
“Oleh itu, usaha berterusan dan memperkenalkan idea-idea baru sudah tentu rasa ‘keberanian’ untuk berdiri di atas kaki sendiri mesti di lihat sebagai proses yang boleh kita mulakan,” katanya.
Jeffery yang juga Ketua UMNO Putatan berkata pergantungan kepada peruntukan yang boleh melambatkan projek-projek keutamaan rakyat harus difikirkan secara rasional dan realiti oleh pentadbir negeri sekarang.
“Kenyataan (Menteri Kewangan Negeri) yang telah dinyatakan itu seolah-olah mempersalahkan pihak lain atau melarikan diri daripada realiti sebenarnya.
“Saya mohon cara pemikiran kita tentang masalah utama rakyat ini mesti berubah tidak guna kita umum bermacam-macam pelaburan dan usahasama sedangkan ianya belum membuahkan hasil yang signifikan yang dapat dirasai oleh rakyat keseluruhannya,” katanya.