Kementerian Sumber Manusia jalin kerjasama erat dengan Kerajaan Negeri Sabah – Mustapha

KOTA KINABALU: Kementerian Sumber Manusia bersama Kerajaan Negeri berkerjasama untuk melahirkan tenaga major bertauliah melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Timbalan Menterinya, Mustapha Sakmud berkata, ini memastikan agar kadar pengangguran di Sabah dapat dikurangkan melalui program Pameran Kerjaya yang dilaksanakan kementerian melalui PERKESO.

Mustapha bersama Hajiji dalam kunjungan hormat di sini semalam.

Katanya, penekanan dan fokus utama akan dibuat untuk membantu meningkatkan keupayaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Sabah melalui HRD Corporation yang menyediakan latihan peningkatan Kemahiran.

“Kita yakin langkah kerja sama ini memberikan input terbaik dalam memastikan kadar pengangguran di Sabah dapat dikurangkan dengan menawarkan pelbagai peluang kemahiran melalui agensi di bawah kementerian ini.

Mustapha bersalaman dengan Hajiji dalam kunjungan semalam.

“Secara tidak langsung kunjungan hari ini kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor adalah tepat pada masa selain melihat peluang kerjasama lain di masa depan,” katanya di sini hari ini.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, kunjungan hari ini membincangkan pelbagai perkara khusus bagaimana Kementerian Sumber Manusia dapat membantu Kerajaan Negeri dalam memantapkan Skil pekerja dan pembinaan modal