KOTA KINABALU: Kejayaan mengatasi wabak penyakit COVID-19 bergantung kepada semangat pemerintahan persekutuan (Federalism) dan kerjasama baik di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Sabah.
Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta Prosuder Standard Operasi (SOP) adalah undang-undang Persekutuan, tetapi ia adalah satu bidang kuasa bersama dengan Kerajaan Sabah.
“Kita boleh rujuk kepada Senarai III, Jadual 9, Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ini sebabnya Sabah juga masih mempunyai undang-undang tersendiri untuk mengawal pencegahan penyakit Ordinan Kesihatan Awam 1960 (Public Health Ordinance).
“Harapan kita adalah penyelarasan baik isu SOP Sabah ini dengan segera kerana matlamat kita tetap sama,” katanya dalam laman Facebook rasminya hari ini.
SabahNewsToday