KEBAL raih tempat ketiga APBN 2024 peringkat kebangasaan

LABUAN : Kelab Belia Anak Layangan (KEBAL) Wilayah Persekutuan Labuan merangkul tempat ketiga Anugerah Belia Perdana Negara kategori Pertubuhan 2024 sempena Sambutan Hari Belia Negara yang berlangsung di Dataran Pahlawan Melaka, baru-baru ini.

Dengan kemenangan itu KEBAL mewakili Labuan membawa pulang hadiah Wang tunai, piala dan Sijil.

Sementara itu, johan disandang Kelab Belia Kampung Baru Pak Hussain, Pasir Mas Kelantan dan naib johan dimenangi Persatuan Belia (MBFM) Felda Jelai 3, Negeri sembilan masing masing menerima hadiah Wang tunai, piala dan Sijil.

Manakala, Kelab Rakan Muda Tawau Sabah tempat keempat untuk menerima hadiah saguhati.

Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara dan Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hadir sama Presiden Majlis Belia Labuan dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan, Mahanum Fauzi.