KDN semak semula permohonan Ling dapatkan kewarganegaraan Malaysia – Christina

KOTA KINABALU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu menyemak semula kepada permohonan seorang rakyat Sabah bagi mendapatkan kewarganegaraan Malaysia.

Ahli Parlimen Tawau, Datuk Christina Liew berkata, permohonan Ling Man Kit @ Ling Vun Ket, 65 layak dipertimbangkan KDN tanpa sebarang kelewatan.

Katanya, Ling Man Kit @ Ling Vun Ket dilahirkan di Hong Kong manakala ibunya warga negara China kemudian bapanya adalah warganegara Malaysia dilahirkan di Kimanis Papar pada 1927.

“Ibu bapanya membawa Ling Man Kit @ Ling Vun Ket ke Borneo Utara kini dikenali Sabah ketika berusia 16 bulan. Difahamkan, Ling diberikan Kad Pengenalan Malaysia warna Biru (KPP: H6005204). Pada 1975, ketika berumur 18 tahun, dia memohon kad pengenalan baharu.

“Selepas itu kemudiannya dia diberikan MyPR Malaysia card (MyPR Number 570430-71-5167),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, semalam.

Christina berkata, pada 2018 dia memohon sekali lagi Mykad kemudiannya menerima surat bertarikh 20 September 2019 dari Bahagian Kewarganegaraan Jabatan Pendaftaran Negara di bawah KDN Putrajaya.

Menurutnya, berdasarkan kandungan surat berkenaan, permohonan Ling sedang diambil perhatian oleh jabatan berkaitan sebelum di hantar untuk pertimbangan serta tindakan selanjutnya.

“Sehingga hari ini, KDN masih tidak memaklumkan status kepada Ling berkaitan pemohonan itu.Kita menghubungi KDN untuk bagi menyemak permohonan,” katanya.

Dalam tempoh sama.Christina mengemukakan surat kepada Jabatan Pendaftaran Negara, Sabah pada April lalu mengenai permohonan Mykad itu.

“Ling adalah seorang pesara yang pernah mengalami penyakit strok beberapa tahun lalu, dia sepatutnya tidak dibebani dengan tekanan serta diabaikan begitu sahaja,” katanya.

Christina berkata, jabatan terbabit sepatutnya membantu Ling mengemas kini status permohonan dia dan bantu sekiranya mempunyai perkara lain yang perlu dilakukan.

“Tindakan untuk menyeru pemohonan untuk berhubung terus dengan KDN adalah tidak selari dengan tema ‘Rakyat di Hati JPN’. Saya memohon jabatan ini memberikan khidmat terbaik kepada rakyat,” katanya.