Karnival Gegar Keningau Mega pada 26 hingga 28 Julai ini

KENINGAU : Karnival Gegar Keningau Mega v6.0 berkolaborasi Karnival Usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Sabah pada 26 hingga 28 Julai ini.

Karnival selama tiga hari itu dibawah Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE) Sabah.

Pelbagai acara sepanjang hari dan yang paling menarik adalah tiga konset turut diadakan pada setiap malam.

Antaranya, Konset Sumandak Sabah pada 26 Julai, Konset Gegar Keningau 27 Julai serta Konset Maldini Sidney PMKS Tour Sabah 2024 pada 28 Julai.

Cabutan Tiket Bertuah menawarkan hadiah utama sebuah motosikal ditaja oleh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO).

Satu mesyuarat ahli jawatankuasa penganjur dan penyelarasan, dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Keningau, Peter Jonu Moinjil selaku Pengerusi Penganjur.

Pengerusi Penganjur Bersama, Rafie Robert berkata, program ini dapat merangsang ekonomi penduduk tempatan sekali gus pengisian yang bermanfaat anak-anak muda di kawasan di daerah Keningau.

“Program ini dapat menarik lebih ramai pelancong luar dan dalam negeri untuk berkunjung ke Keningau sekali gus mempromosikan produk pelancongan.

“Ini selaras dengan agenda Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam merancakkan lagi Industri pelancongan negeri Sabah”, katanya.

Rafie berkata, beliau menjemput orang ramai hadir memeriahkan karnival terbesar di Keningau dan memberi sokongan kepada pengusaha tempatan.