Lelaki maut tersepit kemalangan di Tawau

TAWAU : Seorang lelaki maut selepas  kenderaan dipandunya bertembung dalam kejadian kemalangan di Taman Gaya, Jalan Kuhara, di sini semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri SABAH berkata, mangsa dikenali sebagai Tsen Yeak Yang berumur, 33 tahun, disahkan

meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, mangsa didapati tersepit di kenderaan Toyota Vios selepas bertembung dengan Toyota Land Cruiser Prado kemudiannya berjaya dikeluarkan pasukan Bomba.

“Pasukan Bomba mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas seterusnya menyerahkan mangsa kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.

“Bomba bersama kekuatan sembilan anggota menerima panggilan kecemasan jam 2.01 pagi semalam diketuai Komander Operasi, Mohd Yahya Abd Fattah,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut jurucakap tersebut, selepas  memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada jam 2.26 pagi tadi.