Kapal nelayan musnah dalam kebakaran di Sandakan

SANDAKAN : Sebuah kapal nelayan sedang berlabuh musnah dalam satu kebakaran berhampiran Jeti Berhampian Pos Laju, di sini pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, kapal berkeluasan 30 x 15 kaki itu terbakar hampir 70 peratus dalam kejadian 9.15 pagi tadi.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9.33 pagi tadi kemudianya bergegas ke tempatan kejadian untuk menjalankan kerja-kerja memadam kebakaran.

“Pasukan Bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran 100 kaki satu pancutan sumber air dari jentera sekali gus api berjaya dikawal pada jam 10.48 pagi. Setakat ini tiada mangsa dilaporkan terlibat termasuk jumlah kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut kenyataan itu, pihak bomba bersama 13 anggota diketuai oleh Samzari Ganih  kemudiannya menamatkan operasi kebakaran pada jam 11.10 pagi tadi.