JWP fokus selesaikan isu Pas IMM13 di Labuan dan Warga asing di KL – Dr Zaliha

LABUAN : Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) fokas menyelesaikan isu Pas IMM13 dikenalpasti antara penyumbang kepada masalah di Wilayah Persekutuan Labuan dan di sekitar Kuala Lumpur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, isu tersebut merupakan antara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Wilayah Persekutuan, kali terakhir diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 2020.

Katanya, antara fokus utama didalam mesyuarat tersebut adalah membabitkan pelbagai isu keselamatan awam termasuk isu Pas IMM13 di Labuan.

“Pada mesyuarat itu, kita juga menyentuh mengenai isu penempatan haram membabitkan warga Rohingya di sekitar Bandar Baharu Sentul dan Kuala Lumpur.

“Isu tersebut menjadi tular di laman media sosial… Kita akan berusaha untuk menangani perkara ini dalam tempoh terdekat,” katanya dalam kenyataan media di sini semalam.

Zaliha berkata, dalam mesyuarat tersebut beliau turut nengumumkan penubuhan unit khas dikenali sebagai ‘KL Strike Force’.

“Unit ini akan bertindak secara bersepadu melibatkan Polis, Jabatan Imigresen, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

“Kita yakin penubuhannya nanti mampu menangani isu melibatkan keselamatan termasuk peniaga Jalanan, penjaja, peniaga kecil, gelandangan serta isu-isu keselamatan serta ketenteraman awam di sekitar Wilayah Persekutuan” jelas Zaliha.