Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat petang ini

KOTA KINABALU : Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kembali meningkat, manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat 4 petang ini.

Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 721 daripada 212 keluarga berbanding 695 daripada 189 keluarga pagi tadi.

Walaupun PPS di Keningau sudah ditutup dan semua mangsa dibenarkan balik namun jumlah mangsa di dua daerah iaitu Beaufort dan Kinabatangan semakin bertambah dan trend pemindahan mangsa ke PPS meningkat.

“Seramai 430 orang (137 keluarga) ditempatkan di tiga PPS di Beaufort, 278 orang (71 keluarga) di dua PPS daerah Kinabatangan dan 13 orang daripada empat keluarga di Tambunan.

“Sebanyak enam PPS di Sabah dibuka melibatkan tiga daerah iaitu tiga PPS di Beaufort, dua di Kinabatangan dan satu PPS di Tambunan,” menurut kenyataan itu.