KOTA KINABALU: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah kini memulakan menjalankan kerja menaiktaraf kerosakan jalan dekat bulatan trafik di Jalan rosak di Jalan Labuk Kampung Gum Gum Sandakan.
Menurut Jurucakap JKR berkata, tindakan ini berkaitan isu tular
baru-baru ini di media sosial terhadap permukaan asfalt di Jalan Labuk, berhampiran Kampung Gum Gum, Sandakan.
Katanya, syarikat konsesi digesa untuk menangani permukaan jalan tidak rata di Jalan Labuk sekali gus menyelesaikan isu jalan berkenaan.
“Sejak minggu lepas, pekerja syarikat itu telah mengeluarkan asfalt yang rosak pada 11 Oktober. Batu kerikil kemudian dituangkan ke atas bahagian yang telah dikeluarkan.
“Setiap bonjolan akan ditangani dengan cara ini, sebelum konkrit dituangkan di sepanjang jalan dengan permukaan yang tidak rata” katanya dalam kenyataan media kepada Sabah News Today hari ini.
Menurut kenyataan JKR terbabit jika tiada halangan, syarikat konsesi itu menjangkakan dapat menyelesaikan kerja-kerja dalam tempoh dua bulan.
Katanya, lalu lintas yang menghala bulatan trafik di Batu 16, dekat perkarangan tamu Gum Gum itu, ada masanya menjadi sesak.
“Kesesakan ini menyebabkan kerja naik taraf dilaksanakan secara berperingkat.
“Kami tidak mahu untuk menjalankan kerja-kerja di sepanjang Jalan Labuk dengan sekali gus. Jika kami berbuat demikian, kerja jalan ini sudah pasti akan menyebabkan kesesakan teruk yang akan mencetuskan lagi kemarahan pemandu,” menurut kenyataan itu lagi.
Jabatan itu dimaklumkan tentang kerosakan membabitkan asfalt jalan di bahagian bandar ini, bahkan sebelum ia dihubungi oleh media.
Jurucakap itu berkata kakitangan dari cawangan Sandakan agensi itu dan wakil dari syarikat konsesi melakukan pemeriksaan bersama ke atas Jalan Labuk bulan lepas.
“Kerosakan didapati di luar penyelenggaraan rutin’,” katanya.
Apabila ditanya tentang apakah punca permukaan jalan itu membonjol, jurucakap itu menjelaskan ia biasanya berlaku di tempat di mana kenderaan menarik brek, atau di tempat di mana asfalt bertemu dengan “objek tegar”.
Katanya, beberapa buah lori didapati menggunakan laluan di Batu 16 itu semasa pemeriksaan awal pada September.
“Jika perlu, kami boleh mendapatkan bantuan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menahan pemandu lori yang membawa muatan lebih dari berat yang dibenarkan.”
Di bawah ordinan JPJ, pemandu yang mengangkut lebih muatan dari berat yang dibenarkan boleh disifatkan telah melakukan kesalahan.
Pesalah berisiko membayar denda antara RM1,000 hingga RM10,000, menjalani hukuman penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.