Jemputan PM ke Himpunan BN Sabah, kita perlu berlapang dada – Razeef

KOTA KINABALU : Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah meminta semua pihak berlapang dada terhadap keputusan Barisan Nasional (BN) Sabah menjemput Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Himpunan BN Sabah di Sandakan pada 21 Julai ini.

Timbalan Ketua Penerangan PKR Pusat, Razeef Rakimin berkata, ini merupakan sebagai sebahagian daripada rakan kerjasama Kerajaan Perpaduan sekali gus pihaknya menghormati jemputan berkenaan.

Katanya, pandangan pihak NGO itu mengesa agar Perdana Menteri, supaya tidak hadir, juga tetap dihormati oleh PKR Sabah.

“Pandangan G57 kita hormati untuk menjaga kesepakatan GRS – PH namun sebagai rakan Kerjasama Kerajaan Perpaduan.

“GRS juga perlu berlapang dada demi kepentingan negeri dan negara dibawah kepimpinan Ketua Menteri dan Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan daripada Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) dikeluarkan oleh Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar hari ini,

Terdahulu, Zulkarnain dalam satu kenyataan medianya hari ini memohon pertimbangan PMX merangkap Presiden PKR itu supaya tidak hadir pada program Himpunan BN Sabah dijadualkan 21 Julai ini di Dewan SMJK Tiong Hua Sandakan.

Menurut Pengerusi G57 tersebut, pertimbangan itu adalah bertujuan menjaga kehormanian diantara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan PH membentuk kerajaan negeri Sabah pada ketika ini.

Menurutnya, BN bersama WARISAN dan PKDM adalah berstatus pembangkang di Sabah dan himpunan tersebut juga dilihat sebagai satu usaha memecahbelahkan kesatuan diantara GRS dan PH di Sabah.

Razeef berkata, PKR Sabah menerima jemputan berkenaan namun dijangka tidak dapat memenuhinya memandangkan pihaknya mempunyai program pada tarikh serta masa yang sama sekali gus sudah dirancang lama.

“Kita menghormati jemputan daripada BN sebagai rakan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat kerajaan persekutuan.

“Setakat ini, hanya Pengerusi MPN Keadilan Sabah akan hadir mengiringi Presiden Parti mewakili PKR Sabah sekiranya beliau (Presiden) memutuskan untuk hadir,” jelas Razeef.