32 C
Kota Kinabalu
Sunday, April 2, 2023

Jalan utama Kampung sarang akan diperbaiki segera: Fairuz

Fairuz Renddan (Gambar fail)

KOTA BELUD: Kerosakkan jalan utama di Kampung Sarang Kota Belud yang rosak akibat banjir akan diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan Fairuz Renddan berkata, ketika ini jalan kampung tersebut tidak dapat digunakan oleh penduduk kampung menyebabkan aktiviti harian penduduk kampung sangat terjejas.

Katanya, beliau memberi jaminan perkara itu akan dikemukakan bagi mendapat perhatian daripada Jabatan Kerja Raya Negeri (JKR) Sabah sekaligus bagi membolehkan penduduk kampung dapat meneruskan kegiatan seharian mereka.

“Kita melahirkan keyakinan Kerajaan Negeri akan bertindak segera untuk menyelesaikan masalah ini dapat ditangani sekaligus berharap agar JKR Sabah akan memberi keutamaan membina semula jalan ini.

“Air sungai yang deras ini sememangnya merosakkan struktur jalan dan perlu segera dibaiki demi memudahkan pergerakan penduduk kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan di Kampung Sarang, hari ini.

Fairuz berkata, berkata, selepas banjir pasti akan ada berlaku kerosakan khususnya beberapa jalan utama yang menjadi penghubung bagi kampung kecil ke pekan Kota Belud.

“Bila banjir melanda pastinya masalah akan timbul, terutamanya melibatkan kerosakan jalan serta jambatan kecil yang sememangnya menjadi penghubung kepada penduduk di kampung untuk keluar menjalankan aktiviti harian termasuk bekerja, berniaga atau membeli barang keperluan,” katanya.

Fairuz yakin kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sangat perihatin terhadap masalah rakyat khususnya di kawasan luar bandar.

“Kerajaan kini juga akan melakukan segalanya yang termampu demi memastikan apa sahaja kerosakan infrastruktur seperti jalan utama di Kampung Sarang yang rosak akibat banjir ini diperbaiki segera dalam tempoh terdekat,” katanya.

Sabahnewstoday

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles