33 C
Kota Kinabalu
Sunday, June 4, 2023

Harga Lantai Getah Sekerap wajar dinaikkan sehingga RM3.50 sekliogram – Jeffrey

KENINGAU: Kerajaan bersedia mengkaji menaikkan harga lantai getah sekerap daripada RM2.50 kepada RM3.50 sekilogram bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata, ketika ini harga lantai semasa sudah ditetapkan tujuh tahun lalu sekali gus tidak munasabah bagi mengekalkan harga ini pada masa kini.

“Masa sudah berubah…Ada keperluan bagi menaikkan harga lantai sekarang khususnya membantu pekebun kecil di Sabah. Kita mesti memastikan mereka ini dapat menyara hidup, terutamanya pada masa ini kenaikkan harga barang meningkat secara mendadak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri dialog Lembaga Perusahaan Getah Sabah (LIGS) bersama Ahli Persatuan Pekebun Kecil Getah Keningau di sini hari ini.

Jeffrey berkata, LIGS mencadangkan agar wujud cadangan tambahan bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah termasuk menguruskan pelbagai hasil tanaman lain termasuk nenas, ternakan ayam serta industri madu lebah.

“Kita akan mengambil perhatian penuh kepada perkara ini. Pekebun kecil tidaka akan bergantung kepada hasil tanaman getah malah mempunyai alternatif lain bagi mempelbagaikan pendapatan mereka,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Jeffrey menjelaskan harga getah kini ditetapkan oleh pasaran dan bukannya dilakukan kementerian atau LIGS manakala turun naik harganya adalah ditentukan berdasarkan permintaan komoditi di pasaran global.

“Perkara ini sangat penting agar mereka dapat memahami masalah ini agar tidak wujud pihak menyalahkan individu lain selain menganggap kementerian mempunyai kuasa tanpa had untuk menaikkan atau menurunkan harga secara sesuka hati,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles