Hanya khabar angin, Shahelmey nafi kosongkan kerusi Parlimen Putatan

PUTATAN: Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya menolak khabar angin bahawa beliau antara tujuh ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan mengosongkan kerusi parlimen.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah menegaskan fokusnya ketika ini hanya mahu menyelesaikan masalah bekalan air dan jalan raya di negeri ini.

Itu semua khabar-khabar angin, jangan terlampau difokus. Kita fokus kepada kerja saja.

“Tiada apa-apa setakat ini, saya tumpukan masa untuk selesaikan masalah air dan juga jalan raya,” katanya hari ini.