Hajiji terima kunjungan hormat pengarah baharu AADK Sabah

KOTA KINABALU : Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sabah, Elmariah Chung dan rombongannya di Sri Gaya, di sini semalam.

Elmariah anak jati Sabah berasal dari Kitabu, Kudat, menerajui agensi iitu pada awal bulan Januari 2025, sebelum ini merupakan Pengarah AADK di Pulau Pinang.

Dalam kunjungan hormat itu, Elmariah dikongsikan isu-isu semasa ancaman dadah dan strategi AADK negeri dalam menangani permasalahan dadah di Sabah dengan lebih berkesan.

Hadir sama Penolong Pengarah (Pencegahan), Dayang Siti Rohani Sedan serta Penolong Pengarah Pengurusan dan Keselamatan PUSPEN Papar, Mohd Noor Fahmi Tajudin.