Hajiji terima kunjungan hormat Menteri Pendidikan Tinggi

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pendidikan Tinggi, Senator Datuk Seri Dr. Zambry Bin Abdul Kadir di pejabatnya di Menara Kinabalu, semalam.

Ini merupakan kunjungan pertama Zambry selepas menyandang jawatan baharu itu. Sebelum itu beliau merupakan Menteri Luar Negeri.

Hajiji terima kunjungan hormat Menteri Pendidikan Tinggi

Kunjungan itu bertujuan mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama kedua-dua pihak dalam usaha membangunkan sektor pendidikan tinggi di negeri ini.

Hajiji mahu Kementerian Pendidikan Tinggi memberi keutamaan kepada Sabah khususnya dalam usaha menambah dan meningkatkan lagi infrastruktur pendidikan tinggi di negeri ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Mohamad Azhan Md. Amir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Azlinda Azman dan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Datuk Dr Kasim Mansor.