Hajiji serah sumbangan limau mandarin sempena Tahun Baharu Cina

TUARAN : Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menyerahkan sumbangan kotak limau mandarin kepada masyarakat Tionghua sempena Tahun Baharu Cina, di Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chen Sin, di sini, hari ini.

Sempena majlis itu, Ketua Menteri turut menyerahkan kepala singa dan limau mandarin antaranya kepada tokong, persatuan singa, persatuan pesara dan persatuan masyarakat Cina di sekitar Tuaran.

Screenshot

Program anjuran Lions Club Tuaran itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya dan Pengerusi Pelaksana merangkap Presiden Lions Club Tuaran, Kapitan Frankie Goh.