KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji harus menghormati Perlembagaan Negeri Sabah sejajar peruntukkan Perkara 6 (7) dalam Undang-Undang Tubuh negeri Sabah.
Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Afdal berkata, tiada sesiapa ketika ini boleh mengesahkan Ketua Menteri Sabah mempunyai kepercayaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Katanya, ini perlu ditegaskan bahawa setiap ADUN mempunyai hak untuk memilih mana-mana ahli lain menjadi Ketua Menteri Sabah.
“Perkara ini perlu disahkan dengan sokongan mereka kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dalam tempoh terdekat.
“Krisis politik melanda negeri Sabah ketika ini adalah berpunca daripada tindakan Hajiji apabila suka menunjukkan sifat melompat parti meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (GRS),” katanya dalam sidang media hari ini.
Mohd Shafie berkata, kenyataan Hajiji menubuhkan parti baharu hanya mengekalkan jawatanya sekali gus memperlihatkan sikapnya suka melompat sejak meninggalkan UMNO pada 2018 lalu.
“Tindakan ini dilihat satu pengkhianatan kepada mandat diberikan rakyat Sabah mengundi mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRN15) baru-baru ini.
“Tidak jelas sama ada BERSATU Sabah sebagai tulang belakang kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah me uruskan untuk keluar atau kekal bersama GRS,” katanya.