GRS akan anjur Road Show Program GRS Bersama Rakyat

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mengadakan “road show” Program GRS Bersama Rakyat di setiap kawasan parlimen negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata Roadshow itu akan diadakan bermula bulan Ogos ini.

katanya, Mesyuarat GRS hari ini juga membincang mengenai persiapan Pilihan Raya Parlimen yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa.

“Kita perlu mengadakan persiapan lebih awal agar jentera pilihan raya GRS bersiap siaga menghadapi pilihanraya umum akan datang,” katanya selepas mempengerusikan GRS di Alamersa hari ini.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata, mesyuarat kali ini tidak membincangkan tentang permohonan parti-parti politik yang berminat menyertai GRS.

“Setakat ini belum ada sebarang keputusan mengenai penerimaan lain-lain parti ke dalam GRS. Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang,” katanya.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah tiga Timbalan Pengerusi GRS iaitu Datuk Seri Dr.Maximus J.Ongkili, Datuk Seri Dr.Jeffrey Kitingan dan Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun, Ketua Penerangan, Datuk Joniston Bangkuai, Bendahari, Ardino Diris.