31 C
Kota Kinabalu
Thursday, February 9, 2023

Ewon dilantik Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick dilantik sebagai MenteriPembangunan Usahawan dan Koperasi yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk SeriAnwar Ibrahim, malam ini.

Sebelum ini Ewon, 39, pernah memegang jawatan sebagai Menteri Pembangunan LuarBandar Sabah pada tahun 2018.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian, bertekad merangkahala tuju kementerian itu supaya lebih positif dan menyumbang kepada kemajuan bidangkeusahawan negara.
Terdahulu, dalam sidang media pengumuman barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan dipejabat Perdana Menteri di Putrajaya, Anwar berkata, kesemua 28 Menteri Kabinet yangbaru dilantik itu akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada jam 3 petang hari ini..
Jumlah saiz barisan kabinet itu lebih kecil berbanding seramai 31 jemaah menteri dalamkerajaan yang terbentuk sebelum ini.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles