KINABATANGAN : Enam kenderaan mengalami kerosakan selepas berlaku runtuhan pada siling Stesen Minyak Petronas di Batu 8 Bukit Garam, Kinabatangan di sini petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan Penolong Pengusaha Bomba Nurul Azlan Shah Jalalludin berkata, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan selepas
pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada jam 4.47 petang tadi.
Katanya, selepas tiba di lokasi kejadian pasukan Bomba bertindak mengalihkan runtuhan siling ke kawasan lain bagi memastikan keadaan sekitar kejadian bebas daripada kejadian yang tidak diingini.
“Bomba Kinabatangan bersama tujuh anggota diketuai Komander Operasi, PBKI Yus Pincin menjalankan pemeriksaan dijalankan memastikan tiada bahaya lain wujud dilokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Nurul Azlan Shah berkata, operasi runtuhan pada siling Stesen Minyak Petronas di Batu 8 Bukit Garam, Kinabatangan kemudian ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.59 petang tadi.
