KOTA KINABALU: Orang ramai diingatkan agar menjauhi kawasan lapang terbuka seperti padang bola serta kawasan lapang sekiranya berlaku petir ataupun kilat bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong berkata, kejadian Petir/ Kilat berlaku di beberapa tempat ketika ini menghasilkan sambaran petir/ kilat boleh mengenai manusia.
“Kejadian petir ini boleh menyebabkan sekiranya orang ramai berada di kawasan terbuka sekali gus mengakibatkan kecederaan serius serta membawa maut.
“Kita ingatkan agar orang ramai sentiasa waspada bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku di masa depan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Safar merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) diminta mengulas mengenai kejadian dua orang budak berumur 13 tahun yang telah terkena sambaran petir di Padang Bola Papar mengakibatkan seorang daripadanya telah meninggal dunia, sini semalam.
Kedua-dua mereka bermain bola ketika hujan di padang berhampiran pekan di sini, dalam kejadian 3.55 petang.