SEMPORNA : Dua pelancong luar negara maut selepas bas persiaran membawa lapan penumpang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori Treler di Jalan Kalumpang KM20 Jalan Semporna Tawau dekat sini pada petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Mazlan Sarman berkata, dua mangsa itu dikenali sebagai Lee Siong Huat, lelaki berumur 60 tahun warganegara Singapura manakala Ngo Trinh Buu Dung, 40, wanita dikenalpasti warga vietnam.
Katanya, kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
“Manakala tiga orang mangsa lelaki dewasa cedera parah telah di hantar ke Hospital Semporna menggunakan Jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Dua orang mangsa (1 kanak-kanak perempuan dan 1 lelaki dewasa) mengalami cedera ringan telah di hantar ke Hospital menggunakan Ambulans KKM untuk menerima rawatan selanjutnya. Manakala pemandu Lori Treler tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Mazlan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.03 petang membabitkan kemalangan Lori Treler membawa muatan buah-buahan dan bas persiaran bertembung lalu terbabas ke tepi jalan.
“Selepas memastikan tiada bahaya lain yang wujud operasi kemudiannya ditamatkan pada jam 5.30 petang tadi,” jelas Mazlan.