Dua kebakaran berlaku di Labuan kurang dari 2 jam

LABUAN : Dua kebakaran berasingan berlaku di pulau ini dalam tempoh kurang dua jam melibatkan sebuah pejabat dan  rumah penduduk kampung awal pagi kelmarin.

Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan, Abdul Rahman Ali berkata, kebakaran pertama melibatkan pejabat Navy Guard Labuan Shipyard LSE) Sdn Bhd.

Beliau berkata, pihak bomba  telah menerima panggilan kecemasan  pada jam 3.31 pagi.

“Seramai 16 anggota bomba bersama dua buah jentera dari Balai Bomba Rancha Rancha telah digerakkan ketempat kejadian dan setibanya di lokasi 40 peratus pejabat berkenaan hangus.

“Api berjaya dikawal sepenuh daripada terus merebak pada jam 4.03 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Abdul Rahman berkata, manakala satu lagi kebakaran berlaku melibatkan sebuah rumah  di Kampung Ganggarak.

“Pihak Bomba menerima panggilan pada jam 4.58 pagi dan sebaik tiba di lokasi 40 peratus rumah tersebut hangus, namun tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian tersebut,” jelas Abdul Rahman.

Menururnya, seramai 13 anggota bersama tiga buah jentera dari Balai Bomba Labuan Sentral bergegas ke lokasi.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 6.23 pagi. Punca kejadian kedua dua kebakaran masih dalam siasatan,” kata Abdul Rahman.