Dua anggota Polis Labuan ditahan SPRM

LABUAN: Dua anggota polis Daerah Labuan di sini ditahan  reman  selama lima hari bermula hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Semalam, kedua dua suspek  berumur 42 tahun yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Labuan  ditahan SPRM ketika hadir untuk memberi keteerangan di pejabat SPRM Labuan.

Perintah reman selama lima hari itu telah dikeluarkan oleh Majistret Kasyfurrrahman Abang Ahmad di Mahkamah Majistret Labuan.

Kedua dua suspek yang masing-masing berpangkat ASP dan Koperal itu disyaki telah menerima wang sogokan sebanyak RM3,000 melalui transaksi secara dalam mesin deposit tunai (CDM) sebagai habuan untuk tidak mengambil tindakan terhadap seorang individu berhubung kesalahan dadah pada September 2022 dan Mac 2023.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda daripada nilai suapan (mana-mana yang lebih tinggi) atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.