KAHERAH: Golongan mahasiswa perlu mempratikkan amalan menuntut ilmu merupakan taqwa sekali gus berusaha untuk menyampaikan ilmu ibadah yang dipelajari mereka.
Pegawai Tadbir Kanan Wisma Yayasan Sabah Kaherah, Hafiz Dr Hamzah berkata, mengulang ilmu yang dipelajari mereka adalah amalan zikir berterusan disamping mengamalkannya bagi memberi manfaat kepada seluruh umat Islam.
Katanya, beliau berpesan agar mahasiswa tidak melupakan untuk saling mendoakan antara satu sama lain kerana doa merupakan kunci kejayaan setiap mahasiswa.
“Dalam tempoh sama aktiviti yang dirancang dalam Minggu Istiqbal Mahasiswa Baharu merupakan salah satu usaha untuk menyumbang ke arah meningkatkan kefahaman mereka.

“Selain itu ia juga bertujuan melatih mahasiswa baharu untuk berfikir secara matang, kreatif serta inovatif sekali gus memberikan pengalaman serta input pengetahuan penting tentang Mesir dan Pengajian di Universiti Al-Azhar,” katanya.
Hafiz yang juga Pegawai Atase Pendidikan negeri Sabah berkata, program Minggu Istiqbal Mahasiswa Baharu dianjurkan Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM) dengan kerjasama Wisma Yayasan Sabah Kaherah (WYSK) mencapai matlamatnya.
Antara slot pengisian program itu merangkumi Panduan Keselamatan yang disampaikan Asisten Komisioner Roslan Alias selaku Kaunselor Keselamatan di Kedutaan Besar Malaysia Kaherah.

Selain itu, Slot Pengenalan Zikir disampaikan Wahfiudin Sakam serta melalui Apikasi Taklimat dan Panduan Kesihatan melalui Mohd Irfan Mohd Yusof merupakan pelajar Perubatan, Universiti Al-Azhar.
Di majlis itu seramai 31 Mahasiswa Sabah baharu tiba di Mesir pada 1 Oktober lalu.