DBKK bentang Pelan Strategik 2022 sehingga 2027

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor menghadiri taklimat Pelan Strategik Pelancongan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) 2022 sehingga 2026 serta Pelan Strategik DBKK 2022-2027 di sini hari ini.

Taklimat disampaikan Mayor DBKK Datuk Noorliza Awang Alip bersama dengan pihak Pengurusan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu di Menara Kinabalu

Noorliza berkata, DBKK memainkan peranan penting dalam usaha membantu memulihkan semula ekonomi negeri menerusi pelbagai langkah bagi memastikan ia dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat.

“Kita berharap menerusi kertas kerja ini, DBKK akan dapat membantu memacu ekonomi negeri disamping meningkatkan lagi kesejahteraan rakyat khususnya di negeri ini,” katanya.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Rosmadi Datu Sulai.