33 C
Kota Kinabalu
Sunday, June 4, 2023

DAP pastikan Christina Liew pertahankan Parlimen Tawau

TAWAU: Parti Tindakan Demokratik (DAP) bersedia memastikan Datuk Christina Liew memenangi semula kerusi Parlimen Tawau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Liew Chin Tong mengesahkan perkara itu selepas mengadakan perbincangan bersama Christina bersama tiga ahli delegasi baru-baru ini.

Liew berkata, kerjasama antara DAP dan PKR dilihat akan terus memberikan kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH) di Tawau sekali gus kepada  kawasan lain di negeri ini.

“DAP akan terus memberi sokongan kepada Christina untuk mempertahankan semula kerusi itu agar PH menang besar dalam PRU15.

“Dalam masa sama kita akan terus berjuang dan membantu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Tanjung bagi memastikan kemenangan PKR di kawasan ini,” katanya.

PH menyasarkan sekurang-kurangnya memenangi 10 kerusi Parlimen di Sabah seperti dicadangkan Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin.

“Kemenangan ini sudah tentu akan bermakna besar kepada PH sekali gus akan menyumbang kepada kemenangan keseluruhan kerusi PH di seluruh negara.

“Kita memerlukan lebih banyak kerusi agar kita berpeluang membentuk semula Kerajaan Persekutuan selepas PRU15 nanti,” katanya.

Katanya, ketika ini DAP mengesahkan tidak akan bertanding pada PRU15 di Tawau, namun bersedia membantu calon PKR dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di masa hadapan.

Sementara itu, Pengarah Jentera Pilihan Raya DAP Sabah, Phoong Jin Zhe berkata, adalah penting mewujudkan rangkaian kuat bersama PKR Tawau dalam PRU15 nanti.

“Kita sudah bersiap sedia menghadapi PRU15 ini…PH mempunyai objektif jelas, bekerjasama untuk memastikan kemenangan pada PRU kelak,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles