32 C
Kota Kinabalu
Sunday, April 2, 2023

Cuba sogok penjawat awam, SPRM tahan seorang wanita

TAWAU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang wanita kerana dipercayai cuba menyogok pegawai Pasukan Gerakan Am (PGA), PDRM sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadapnya yang cuba membawa keluar barang-barang kawalan ke Filipina.

Suspek wanita berumur dalam lingkungan 50-an itu ditahan di Pejabat SPRM Sabah Cawangan Tawau kira-kira jam 5.40 petang, semalam ketika hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, suspek yang merupakan warganegara Malaysia dipercayai memberi rasuah berjumlah kira-kira RM800 kepada pegawai PGA yang sedang bertugas di Pulau Mataking.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Katanya, tiada permohonan reman dibuat dan suspek dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin pada hari yang sama.

Jelas beliau, hasil tangkapan tersebut merupakan kerjasama antara PGA dan SPRM Negeri Sabah Cawangan Tawau dalam usaha membanteras rasuah di kawasan berkenaan.

Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya jangan menawar atau memberi sebarang sogokan kepada pejawat awam khususnya pegawai penguat kuasa kerana ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta SPRM 2009.

Katanya lagi, pejawat awam juga wajib membuat laporan kepada SPRM sekiranya timbul sebarang aktiviti sogokan kerana kegagalan untuk berbuat demikian akan dikenakan tindakan mengikut Akta SPRM 2009.

 

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles