CEO ESSCOM lakukan kunjungan hormat kepada Nizam

KOTA KINABALU : Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Datuk Dr. Jamaluddin Mohd. Ali melakukan kunjungan hormat terhadap Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan di pejabat Menara Kinabalu di sini, hari ini.

Nizam merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata, kunjungan itu membincangkan mengenai program kampung angkat Madani ESSCOM akan memilih salah satu kampung terletak di pesisiran kawasan DUN Apas, Tawau.

“Daerah Tawau adalah termasuk dalam kawasan Esszone dan pelbagai isu-isu yang berkaitan keselamatan termasuk mendapatkan pandangan bagi memantapkan kawalan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

“Program Kampung Angkat MADANI diperkenalkan kerajaan merupakan inisiatif Perdana Menteri menerusi Belanjawan 2024 untuk meningkatkan capaian kemudahan asas secara holistik menerusi pendekatan ‘Whole of Government,” katanya di sini hari ini.

Menurut Nizam, kewujudan  Kampung Angkat MADANI ini adalah bagi menoktahkan masalah kemiskinan selain memastikan kemudahan serta prasarana asas di kawasan desa dapat dilengkapkan.