MATUNGGONG: Universiti Kuala Lumpur (UniKL) bakal mewujudkan cawangan baharunya di Sabah bagi memberi peluang anak tempatan melanjutkan pelajaran di negeri ini.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata, ketika ini UniKL memiliki 13 cawangan di seluruh negara dan kini masanya sebuah di Sabah.
Katanya, pihaknya dalam perbincangan peringkat akhir bagi merealisasikan hasrat membabitkan kerjasama dengan Yayasan Sabah.
“Dalam masa sama MARA sedang menunggu kelulusan dari pihak Kementerian Kewangan Malaysia bagi mewujudkan Kolej Vokasional di daerah Beaufort.
“Kita akan bina kolej ini di Beaufort dan kini sedang menunggu beberapa perkara lagi di peringkat kementerian.
“Setelah selesai semua nanti, kita akan terus memulakan proses pembinaan Kolej Vokasional tersebut yang sudah pasti bakal memberi manfaat kepada anak-anak muda kita di negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Program Outreach MARA di sini, kelmarin.
Azizah berkata, MARA ingin lebih ramai anak tempatan Sabah menerima manfaat serta melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat antarabangsa.
“MARA ada tajaan yang mana kita sediakan untuk anak-anak yang berpeluang melanjutkan pengajian mereka sehingga ke peringkat antarabangsa