Brenndon Keith Soh dilantik sebagai Peguam Besar Negeri

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor mengumumkan pelantikan Datuk Brenndon Keith Soh sebagai Peguam Besar Negeri hari ini, bagi menggantikan Datuk Nor Asiah Yusof.

Pelantikan Brenndon berkuat kuasa serta-merta dan untuk tempoh tiga tahun.

Nor Asiah akan menyandang jawatan Brenndon sebelum ini sebagai Penasihat Undang- undang kepada Ketua Menteri.

Brenndon sebelum ini pernah memegang jawatan Peguam Besar Negeri dari Julai hingga November 2020.