KOTA KINABALU: Pucuk pimpinan parti digesa memberi ruang serta laluan kepada pelapis pemimpin muda untuk bertanding sebagai calon pilihan raya di kawasan yang mereka boleh menang, sekiranya tidak mahu pemimpin muda ‘lompat parti’ selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Bekas Calon Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP) Sungai Sibuga, Mellia Hassan berkata, ramai pemimpin muda di negeri berkebolehan dan layak dinamakan sebagai calon, masih belum diberi peluang untuk menjayakan agenda parti.
Katanya, pemimpin muda ini boleh mengubah landskap politik parti dan tanah air sekali gus, memahami serta memenangi hati ‘kehendak’ pengundi muda, terutama kalangan pengundi mahasiswa dan mereka yang baru pertama kali keluar membuang undi.
“Pemimpin pelapis muda yang boleh diketengahkan sangat dialu-alukan….Elakkan calon ‘kitar semula’ dari masa lalu dan beri peluang pemimpin muda yang berktrampilan.
“Kalau kita (parti) tidak membuat perubahan, kita akan berdepan rakyat yang menolak parti. Justeru semua parti wajar memberi peluang kepada calon pemimpin muda,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di Kota Kinabalu.
Mellia berkata, terpulang kepada pucuk pimpinan parti masing-masing untuk memberi pertimbangan cadangan ini menjelang PRU akan datang.
“Sudah tentu landskap politik terutama di negeri Sabah berubah…Sebagai contoh dlm PRU negeri Sabah ada beberapa muka baharu diketengahkan berjaya diterima rakyat yang diwakili mereka,” katanya.
SabahNewsToday