PENAMPANG : Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) bahagian Tamparuli mendapat suntikan semangat baru apabila bekas penolong pegawai Daerah (ADO) Tamparuli, Joseph Bangguan bertindak menyertai KDM, salah satu parti tempatan di Sabah.
Joseph menyerahkan borang keahlian rasmi kepada Naib presiden KDM Dr Gaim James Lunkapis pada satu majlis ringkas di ibu pejabat KDM dekat sini, semalam.
Ahli perniagaan Alzendra Johnny turut menyerahkan borang keahlian rasmi untuk menyertai parti tenpatan Sabah itu pada majlis yang sama.
Majlis itu turut disaksikan Naib Presiden KDM Henry Saimpon dan Naib Presiden KDM Dr Oswald Aisat.
Joseph berkata beliau mengambil keputusan menyertai KDM selepas mengambil kira senario politik terkini di negeri ini.
Beliau berkata “saya mempunyai keyakinan bahawa KDM boleh memperjuangkan legasi dan rahsia keberhasilan Negeri Sabah yang ditinggalkan Tun Mohd Fuad Stephens kepada kepada bapa saya”.
Sebagai makluman, bapa kepada Joseph iaitu Bangguan Dalambun adalah Pegawai Penerangan Peribadi kepada Tun Mohd Fuad Stephens melalui surat pelantikan bertarikh 1hb September 1975.
Beliau menambah “rahsia ini akan saya serahkan kepada Presiden KDM untuk tindakan selanjutnya”.
