LIBARAN: Penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Putih berdepan kesulitan selepas bekalan air bersih terputus selama tiga hingga empat hari, menyebabkan urusan harian mereka terganggu.
Masalah gangguan bekalan air itu menimbulkan pelbagai keluhan daripada penduduk yang terpaksa mendapatkan air dari sumber alternatif bagi kegunaan memasak, membersih dan mandi.
Situasi tersebut turut menjejaskan warga emas dan keluarga yang mempunyai anak kecil.
Prihatin dengan keadaan itu, Ketua Wirawati Warisan Libaran, Sabrina Yahya, mengambil inisiatif menyalurkan bantuan bekalan air bersih kepada penduduk yang terjejas pada petang Jumaat, antara jam 3 petang hingga 6 petang Pada 24 Okt9ber lalu.
Menurut Sabrina, langkah itu adalah usaha kecil untuk meringankan beban masyarakat setempat yang berdepan kesukaran akibat masalah bekalan air yang berlarutan.
Katanya, kepedulian terhadap nasib rakyat menjadi keutamaan perjuangan Wirawati Warisan.
Beliau turut berharap agar pihak berkuasa berkaitan dapat segera menyelesaikan masalah tersebut supaya penduduk tidak terus terjejas dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Penduduk PPR Batu Putih turut meluahkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada Wirawati Warisan Libaran atas tindakan pantas serta keprihatinan membantu mereka ketika berdepan kesulitan.
