Beberapa entiti kerajaan negeri distruktur semula – Hajiji

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri sedang meneliti beberapa entiti kerajaan untuk penstrukturan semula.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ini perlu supaya ia tidak membebankan tahung kewangan negeri.

Katanya, kerajaan negeri sentiasa memantau serta menilai semula prestasi jenteranya supaya kekal pada tahap optimum,” katanya di sini hari ini.

Hajiji bagaimanapun tidak mendedahkan nama entiti-entiti yang terlibat.

Menurutnya, beliau tidak akan teragak-agak untuk merombak mana-mana agensi atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang tidak berprestasi.

“Malah, kita sedang dalam proses meneliti beberapa entiti untuk penstrukturan semula. Ini perlu supaya ini tidak membebankan tabung kewangan negeri,” katanya.