KOTA KINABALU: Bau busuk sebuah rumah di Flat Taman Kepayan Ridge, di sini, membawa kepada penemuan mayat seorang wanita warga emas, hari ini.
Laporan Harian Metro memetik wanita berusia 65 tahun itu ditemui kira-kira 10.30 pagi tadi selepas pintu rumah yang berkunci berjaya dipecahkan pasukan bomba.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.20 pagi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.20 pagi.
Katanya, susulan laporan itu, sepasukan tujuh anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dikerah ke lokasi kejadian.
“Bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu menerima laporan daripada pihak polis untuk membuka pintu terkunci dari rumah yang mengeluarkan bau busuk.
“Pasukan bomba bergegas ke lokasi dan berjaya membuka pintu terkunci menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan, di sini.
Menurutnya, sebaik berjaya dibuka, anggota menemui wanita dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia.
Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.