Bantuan SARA, BAP usaha kerajaan bantu rakyat berpendapatan rendah – Suryady

TAWAU : Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) serta Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP) merupakan usaha kerajaan membantu rakyat berpendapatan rendah di negeri ini.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, bantuan SARA diperluaskan ke Sabah dan Sarawak adalah tanda keprihatinan kerajaan kepada semua rakyatnya tanpa terkecuali.

Suryady menyampaikan sumbangan Ahli Parlimen Kalabakan kepada Tadika Perpaduan.

Katanya, ini memastikan golongan berpendapatan rendah menerima bantuan dalam pelbagai bentuk termasuk makanan asas.

“Rakyat layak mendapat bantuan SARA ini boleh membeli barangan keperluan asas terpilih menggunakan MyKad di kedai runcit berdaftar di seluruh negara.

“Kita yakin bantuan ini dapat membantu golongan sasar dalam menghadapi ekonomi semasa yang semakin mencabar pada ketika ini,” katanya di sini semalam.

Antara papan tanda disumbangkan melalui peruntukan Parlimen Kalabakan kepada Tadika Perpaduan.

Suryady merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan berkata, melalui inisiatif kerajaan menyediakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada murid sekolah rendah hingga menengah juga dapat meringankan beban rakyat.

“Kita difahamkan kerajaan memperuntukkan RM791,250,000 khusus untuk bayaran BAP sebanyak RM150 kepada lebih 5.2 juta orang murid.

“Bantuan ini membantu sedikit perbelanjaan ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan kelak,” jelas Suryady.

Suryady menyampaikan sumbangan kepada komuniti Tiong Hua di sini semalam.

Sementara itu, Suryady merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu berkata, sumbangan berjumlah RM20,000 berbentuk televisyen, penghawa dingin serta papan tanda dilakukan Parlimen Kalabakan selepas memperoleh berkenaan.