KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam negeri Gred 54 dan ke bawah, termasuk mereka di Pihak Berkuasa Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan di negeri.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata, ini selaras dengan pengumuman bayaran Bantuan Khas Kewangan sempena dengan Hari Raya Aidilfitri 2021 yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri kelmarin.
Dalam satu kenyataan di sini, hari ini Hajiji berkata, pemberian itu adalah bagi menghargai khidmat bakti dan pengorbanan semua penjawat awam negeri dalam melaksanakan tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat khususnya dalam tempoh pandemik COVID-19.
Katanya, bayaran itu akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 7 Mei 2021.
SabahNewsToday